5 Tanda Gearbox Kereta Anda Nak Rosak

Diagnosis Gearbox

Jangan tunggu gearbox rosak total! Kenali tanda-tanda awal ini dan jimat ribuan ringgit kos repair. Kebanyakan masalah gearbox bermula dengan simptom kecil yang diabaikan — detect awal dan anda boleh jimat 50-70% kos repair!

Kenapa Penting Kenal Tanda Awal?

Kebanyakan masalah gearbox bermula dengan tanda kecil yang diabaikan. Kalau detect awal dan repair cepat, anda boleh jimat 50-70% kos berbanding tunggu sampai gearbox rosak total.

1. Gearbox Tersentak Masa Tukar Gear

Ini adalah tanda paling biasa yang ramai orang abaikan. Kalau kereta tersentak atau jolt masa tukar gear, bermakna:

  • Minyak gearbox dah kotor/kurang - Tak cukup pelincir untuk tukar gear smooth
  • Clutch pack dah haus - Terutama gearbox auto & CVT
  • Valve body tersumbat - Pressure tak consistent

Jangan Ignore!

Tersentak yang dibiarkan boleh rosakkan gear teeth & torque converter. Repair cost boleh naik dari RM1,500 ke RM4,000+

2. Bunyi Pelik Dari Gearbox

Dengar bunyi-bunyi ni masa drive:

  • Bunyi "whining" atau ngeeeng - CVT belt dah longgar atau bearing rosak
  • Bunyi "clunking" atau gedebuk - Mounting rosak atau gear teeth patah
  • Bunyi grinding atau kasar - Synchro mesh rosak (manual gearbox)
  • Bunyi humming makin kuat bila speed up - Bearing dah nak mampus

Anggaran Kos Repair (Jika Cepat Detect):

  • Tukar bearing: RM800 - RM1,200
  • Tukar CVT belt: RM1,500 - RM2,500
  • Repair valve body: RM600 - RM1,000

3. Gear Slip atau RPM Naik Tiba-Tiba

Kalau anda tekan minyak tapi kereta tak pickup, atau RPM naik tapi speed tak bertambah - ini namanya "gear slip". Punca utama:

  • Clutch plate dah habis friction material
  • Torque converter problem
  • Tekanan hydraulic tak cukup
  • Solenoid rosak (tak tukar gear dengan betul)

4. Gearbox Delay Masuk Gear

Situasi: Anda shift P ke D, tapi kereta ambil masa 2-3 saat baru bergerak. Ini tanda:

  • Minyak gearbox terlalu kotor - Flow tak lancar
  • Filter tersumbat - Perlu tukar masa servis
  • Oil pump dah lemah - Tak cukup pressure
  • Internal seal bocor - Pressure hilang

5. Ada Minyak Bocor Bawah Kereta

Kalau anda nampak minyak merah/coklat bawah kereta (area tengah), itu ATF (Automatic Transmission Fluid). Bocor boleh jadi dari:

  • Gasket dah keras & pecah
  • Seal dah rosak
  • Pan nut tak kencang
  • Cooler line rosak

Bahaya Minyak Bocor!

Kalau terus drive dengan minyak gearbox kurang, friction & heat meningkat. Dalam masa 1-2 minggu je gearbox boleh rosak total. Repair cost: RM3,000 - RM6,000

Checklist: Cara Check Gearbox Sendiri

5-Minute Gearbox Check

  1. Check minyak gearbox - Tarik dipstick, pastikan level OK & warna merah bersih
  2. Test shift gear - P-R-N-D semua masuk smooth tanpa delay
  3. Dengar bunyi - Start engine dalam N, ada bunyi pelik tak?
  4. Check bawah kereta - Ada titisan minyak merah?
  5. Test drive - Acceleration smooth? Gear slip tak?

Bila Perlu Jumpa Mechanic?

Kalau anda alami 2 atau lebih tanda di atas, jangan delay. Bawa kereta untuk inspection ASAP. Diagnosis percuma kat One X Transmission - kami akan check & bagi quotation transparent.

Kos Prevention vs Repair Total:

Servis Early (detect awal) RM600 - RM1,500
Overhaul Partial RM1,800 - RM3,000
Overhaul Total RM3,500 - RM6,000

Kesimpulan: Detect awal boleh jimat hingga RM4,000!

Ada Tanda-Tanda Ini Pada Kereta Anda?

Dapatkan diagnosis percuma & quotation transparent daripada pakar kami sekarang.

WhatsApp Kami